Wednesday, 18 July 2012

Gunungan Maya

Ku lihat gunungan di atas kepala,
Gunungan yang besar itu berat pastinya,
mahu menghempap makin menghampiri,
semakin takut aku,
tunduk, terbaring, menyerah dan pasrah,

namun,
 gunung itu tidak juga tiba memhempap aku,
aku masih terbaring,
menyerah dan pasrah,

lalu aku dongak kembali,
melihat gunungan yang tidak kunjung tiba menghempap aku,
gunungan telah samar bayangnya,

jelas,
ia hanya gunungan maya,
pantas cahaya mentari membelah maya gunungan,

aku lalu berdiri,
berpijak dan bangun kembali,
bertapak dan mula sedari,
gunungan maya takkan mampu mengapakan diri,
jika cahaya sentiasa menerangi.

No comments:

Post a Comment