Engkaulah
temanku
Bukan
hendak mendewakan, apatah lagi menuhankan. Engkau ku cintai, engkau ku
sayangi.
Engkau temanku, engkaulah isteriku.
Begitulah
ayat yang biasa kita dengar yang diluahkan oleh seorang suami yang baru
berkahwin. Terlalu mencintai isterinya. Isterinya pun sama, menjaga suaminya
seperti menatang minyak yang penuh. Tika menatangnya, ke kiri sangat pun tidak,
ke kanan sangat pun tidak. Dengan harapan, minyak tidak akan tumpah. Penuh
kasih sayang dan pengharapan.
Tidak
lama kemudian..
Bukan
hendak kuluahkan, apatahlagi mengecewakan. Engkau ku nikahi, sebagai
penenang
jiwa, bukan penyerabut kepala…
Agak
lain bunyinya setelah beberapa ketika meniti kehidupan berumah tangga. Setelah
berusaha mengecapi kemanisan, namun kepahitan yang tetap menjelma. Yang dikejar
hanya bayangan, yang terkejar pasti igauan. Keliru. Ke mana perginya cita-cita
dahulu.
Engkau
ku sayangi, engkau ku cintai. Dulu engkau selalu di hati, dan engkau selalu
ku
rindui. Kini engkau selalu di mata, tapi di hati engkau tidak bertakhta.
Percintaan
dirasakan bagaikan sebuah paksaan. Sebelum berkahwin, semua impian mahu
ditunaikan. Semua gambaran indah pasti menyeronokkan. Setelah berkahwin, yang
diimpikan berusaha untuk ditunaikan dan sudah tertunai. Segala tegahan tidak
dihiraukan. Tegahan dirasakan suatu tekanan yang tidak sepatutnya dan tersalah
diadakan. Akan tetapi, gambaran indah yang menyeronokkan tidak juga menjelma
dan dirasakan. Rasa tertipu dengan suasana dan ketika. Akhirnya, usaha yang
diusahakan tidak membawa makna.
Engkau
peneman, bukan tuhan!
Tewas
dan akur. Perkahwinan bukan sekadar mencari yang digambari. Bukan menanti
sehingga merasai. Bahkan, perkahwinan merupakan sebuah kurniaan tuhan yang
nilaiannya bukan bandingan gunian emas. Ia tidak mampu dibandingkan.
Perkahwinan membawa kenikmatan yang tidak mampu digambarkan dengan kalimatan.
Ia terlalu mengembirakan hati insan yang dahagakan percintaan.
Isteri
dan suami bukan tuhan. Itu hakikatnya. Yang tuhan adalah yang menciptakan kita
dan semua melainkan Dia. Jika mengharap pada isteri atau suami untuk
kebahagiaan, pasti yang diperoleh hanyalah kekecewaan. Isteri dan suami boleh
mengusahakan, tapi siapakah yang mengurniakan?
Pulanglah
pada dia!
Dia
yang mengurniakan. Cintai Dia, pasti dia mengurniakan. Dia Pemurah, Dia
Penyayang. Dia Pemurah terhadap semua ciptaan-Nya. Dia Penyayang pada yang
menyayangi-Nya. Cintai Dia dengan sepenuh hatimu. Ingat, sepenuh hatimu!
Ingatlah, hati yang mencintai Allah pasti akan tenang dan gembira setiap masa.
Ini telah nyata dalam al-Quran.
Manakala,
dimensi hati yang tenang dan gembira akan membawa perspektif baru. Fikirannya
sentiasa positif dan melahirkan tindakan yang komprehensif. Kedinamikan
pandangannya akan membawa perubahan yang efektif dalam segenap ruang. Saya
pasti, kita akan menemui kenikmatan percintaan dalam sebuah perkahwinan.
Pasangan yang saling mencintai Allah akan menghapuskan ketegangan dan permasalahan. Kemurnian cinta akan terbit
dan menyinarkan cahaya kebahagiaan. Kini, kita berpeluang merasai kenikmatan yang
tidak pernah dibayangkan. Segala impian pasti akan kesampaian!
No comments:
Post a Comment