Thursday, 6 October 2011

Bercinta?

Perlukan anda bimbang bagaimanakah rupa, keturunan dan peribadi teman yang bakal anda peroleh? Jawapannya adalah tidak.
Jangan bimbang dengan ketentuan Allah. Akan tetapi jangan pula kita malas dan berdiam diri dari mencarinya. Yang penting adalah kita perlu mencari apabila sudah tiba masanya. Dengan niat yang baik iaitu untuk mendapatkan redha Allah dan mendapatkan zuriat bagi meneruskan pejuangan agama Allah.
Mencari teman hidup adalah fitrah. Sungguh indah ciptaan Allah yang menciptakan kita dengan perasaan yang sangat pelik dan indah ini iaitu ‘cinta’.
Ada setengah orang berkata “kalau dalam sehari aku tidak berjumpa dengannya, nescaya, aku mandi pun tak basah, aku makan pun tak kenyang, aku tidur pun tak lena”. Itulah ungkapan yang biasa kita dengar apabila seseorang dilamun cinta. Akan tetapi apabila tidak solat dengan khusyuk dan serzikir dengan khusyuk, tidak pula kita menyesalinya. Apakah kita ini bias digelas sebagai hamba Allah yang mempunyai misi dan visi utama iaitu mengabdikan diri kepada Allah dan berjuang dalam menegakkan agama Allah.
Cinta yang agung belum sempurna
Cinta kita kepada yang menciptakan kita adalah cinta yang terlebih utama. Antara kemanisan iman adalah dengan mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi segalanya. Dan antara tanda kemanisan iman wujud dalam diri kita juga adalah dengan mencintai sesame kita manusia hanya semata-mata kerana Allah. Maka, istilah bercita yang tepat adalah cinta kerana Allah. Dan apabila cinta itu beralaskan cinta kepada Allah, maka seharusnya cinta itu mestilah berlandaskan etika Islam dan tuntutannya.
Cinta muda mudi zaman sekarang
Dengan bertonggek kedua-duanya lelaki dan perempuan di atas motor, berjumpa mata di kedai-kedai makan, berjalan berpegangan tangan di taman-taman dan sebagainya adakah itu namanya bercinta kerana Allah? Bercinta kerana agama? Pastinya tidak. Oleh itu, kejarlah cinta yang lebih utama yakni cinta kepada Yang Maha Esa sebelum bercinta dengan makhluk yang pastinya memberi kebaikan yang tidak banyak kepada kita.

No comments:

Post a Comment