Monday, 10 October 2011

Dari Allah Kita Datang Dan Kepada Allah Kita Pulang

Sesungguhnya seorang yang bernama manusia yang biasa itu lahir dari rahim seorang ibu yang juga bernama manusia. Dari hasil persenyawaan sperma dan ovom maka terbentuklah embrio, fetus dan seterusnya bayi. Begitulah indahnya penciptaan seorang hamba yang bernama manusia ini. Lahir ke dunia tanpa ada hak untuk memilih siapakah orang yang melahirkannya dan siapakah yang akan menjaganya.
Maka kita lahirlah ke dunia dan menjadi seorang manusia. Semua kita mempunyai perhubungan dengan alam dan bertanggungjawab untuk memakmurkan dunia ini. Segala perlakuan dan tindak tanduk kita di muka bumi ini akan diperhatikan oleh Allah. Ingatlah, bahawa Allah itu Maha Adil, segala perilaku kita akan di balas. Yang baik dibalas baik,  yang buruk pula dibalas buruk. Walaupun kecil sesuatu perkara itu, sama ada baik atau buruk akan dikira.
Ingatlah, dengan ehsan yang wujud dalam diri kita, kita akan dapat mendamaikan kegelisahan hati kita. Kita akan sedar bahawa Allah sedang mengawasi hambaNya. Kita akan sedar bahawa Allah sedang memerhati hambanya. Jika kita tahu Allah sedang memerhatikan kita, maka apa yang kita lakukan pastinya akan tepat dengan kemahuan Allah pada kita. Kita pastinya malu untuk menderhakai Allah apatah lagi menetang agama Allah. Pastinya kedamaian jiwa akan dapat kita miliki.
Setelah beberapa masa kita berada di atas muka bumi ini, maka kita dipanggil pulang kepada pemilik kita iaitu Allah s.a.w.. Ada yang sehingga seabad umurnya, dan ada juga yang tidak sampai suku abad umurnya sudah pun meninggal dunia. Akan tetapi Allah mempunyai pengadilanNya yang tidak dapat kita bayangkan. Akan tetapi, tugas kita adalah bagi memastikan kita berada dalam zon yang selamat iaitu tidak terjebak dengan penipuan dunia yang fana ini. Semoga umur yang diberikan oleh Allah kepada kita dapat kita manfaatkan untuk mendapat redha daripada Allah yang memberikan kita masa tersebut.
Akhirnya terdaftarlah diri kita dalam senarai ahli kubur. Jika baik pengakhiran kita, maka taman syurgalah jelmaan tempat perbaringan kita itu. Akan tetapi, jika di dunia kita banyak mengundang kemurkaan Allah, maka tempat perbaringan kita itu akan berubah menjadi salah satu dari lubang api neraka. Pilihlah mana yang suka. Tidak perlu gores dan tetapi perlu menang. Ingatlah kita sendiri yang menentukan hala tuju hidup kita. Jangan pula kita berkata bahawa Allah sudah tetapkan aku manjadi jahat, maka jadilah aku jahat. Ingatlah, kita adalah apa yang kita inginkan. Allah juga berfirman dalam surah al-Insan, ayat ke-3:
$¯RÎ) çm»uZ÷ƒyyd Ÿ@Î6¡¡9$# $¨BÎ) #[Ï.$x© $¨BÎ)ur #·qàÿx. ÇÌÈ  
3. Sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan Yang salah; maka terserahlah kepadaNya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).
                Semua orang akan pulang. Manakala kepulangan kita nanti akan berakhir dengan penetapan kita di syurga ataupun neraka. Sama ada kita akan check-in dengan malaikat malik zabaniah atau malaikat malik ridhuan. Seperti yang telah dibincangkan, pilihlah ke mana kita mahu. Semoga kedatangan kita ke muka bumi ini dengan perjanjian yang murni dengan Allah, akan membantu kita pulang dengan murni di samping Allah.

No comments:

Post a Comment