Sungguh indah kalimah “dakwah”. Akan tetapi indahkah cabaran dalam melaksanakannya. Jika disoal tentang payah atau mudah untuk berdakwah, maka jawapan mudah yang akan diberikan oleh para penda’ie yang ikhlas dengan amanah yang dipikulnya itu adalah “mudah”. Kenapakah begitu? Ya, itu adalah kerana mereka merasakan bahawa tugasan yang dipikul itu adalah saham yang mereka laburkan untuk mereka mendapatkan ganjaran yang lebih besar dan abadi di akhirat nanti.
Sungguh agung cita-cita para penda’ie. Akan tetapi adakah mudah untuk melakukan seperti apa yang dikata? Ya, sangat susah. Para penda’ie adalah orang biasa yang tidak ada lebih dan kurangnya dari kita manusia biasa. Cuma tekad mreka untuk membantu agama Allah dengan berdakwah lebih sedikit daripada kita.
“Pendakwah pun sama, cakap je lebih!!!”
Begitulah tohmahan dan celaan orang ramai terhadap para pendakwah. Sebenarnya pendakwah juga manusia biasa. Tidak lepas dari melakukan kesilapan. Akan tetapi kita juga sedar bahawa manusia biasa yang bukan nabi tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Oleh itu, cuba kurangkan mencemuh para pendakwah bahawa mereka juga melakukan kesilapan. Akan tetapi sedarlah dan bantulah mereka menjalankan dakwah mereka. Tegur apa kesalahan meraka. Bukan payah menegur mereka. Cuma perlukan cara dan kaifiyat yang tersendiri. Kita perlu sedar bahawa ini juga adalah dakwah yang kita perlu tunaikan.
Pendakwah sebenarnya mendakwah diri mereka sendiri
Orang yang sentiasa menasihati orang lain adalah orang yang mendapat kelebihan untuk mengingati perkara tersebut. Nasihat yang diberikan kepada orang lain sebenarnya membakar jiwa pendakwah itu sendiri. Seseorang individu yang ingin bercakap tentang sesuatu perkara biasanya akan merujuk kepada perkara yang telah berlaku pada dirinya. Contohnya, seorang pendakwah yang suka mengumpat tetapi apabila dia menasihati orang lain dalam bab mengumpat, pastinya dia sendirinya akan menyedari bahawa dirinya juga masih dibelenggu masalah mengumpat itu. Pastinya dia akan cuba mengatasi masalah tersebut kerana setiap patah yang disebut mengenai mengumpat tepat mengenai batang hidungnya sendiri.
No comments:
Post a Comment