Bersyukur kepada Allah yang telah menciptakan aku dengan penuh kasih sayangNya. Aku langsung tidak menyangka bahawa apa yang berlaku pada hari ini tidak sama dengan apa yang telah aku rancang selama beberapa tahun yang lepas.
Apa yang pasti, ketentuan Allah adalah yang terbaik buat aku dan sesiapa sahaja, asalkan kita sentiasa dijalan redha Allah. Allah tahu apa yang kita perlu dan apa yang kita tidak perlu. Cuma terkadang kita tidak akan sabar apabila apa yang kita rancangkan menemui kegagalan. Jesteru perlulah kita ingat sentiasa, bahawa maksud daripada ayat al-Quran ada berbunyi “Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.”
Kita tidak tahu apa yang telah Allah rencanakan untuk kita. Akan tetapi sudah menjadi tanggungjawab kita bagi merancang apa yang terbaik bagi diri kita. Kita perlu semtiasa ingat bahawa kita diri kita adalah makhluk yang penuh dengan kehinaan. Jika kita perhatikan bagaimana asal usul kita diciptakan pun sudah pasti kita sedar bahawa betapa hinanya kita. Keluarnya kita dari lorong keluarnya najis dan begitulah semua makhluk bernama manusia kecuali Adam A.S.
Lantas, apabila kita sudah menyedari betapa hinanya kita, patut sangatlah kita sedar siapakah pencipta kita yang maha Agung. Patutkah kita yang hina ini menduga segala ciptaan pencipta kita? Pastinya orang yang tidak mengenal erti malu sahaja yang akan berbuat begitu. Seharusnya kita sentiasa mematuhi segala arahan dan suruhan Allah. Barulah kita akan hidup aman dan bahagia.
Seperti aku, hari ini. Aku sedar apa yang aku rancangkan sebelum ini menemui kegagalan. Dan aku bersyukur kerana apa yang aku rancangkan itu gagal kerana aku tahu apa yang Allah tetah tetapkan adalah yang terbaik buat aku. Semoga aku mendapat semangat baru untuk meneruskan perjuangan hidup aku.
Aku mulai sedar mengapakah apa yang telah aku rancangkan itu tidak berjaya. Antara sebabnya adalah Allah mahukan aku lebih rapat dengannya dan mahu aku sentiasa mengingatinya. Aku juga sedar bahawa al-Quran menyeru manusia untuk mengingati Allah kerana dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang. Dalam surah al-Qamar ayat 55 juga bermaksud kebahagian yang hakiki itu adalah di sisi Allah yang menciptakan kita.
Aku terkadang terfikir bahawa hidup aku tanpa diriNya hanyalah masalah. Akhirnya berpandukan kepada suruhan Allah telah membuat diriku tenang dan bahagia. Segala masalah yang aku lalui aku rasakan seperti makanan aku seharian. Bukanlah manis dan seronok menelan masalah tetapi menelan masalah dengan pahit tetapi mengandaikannya pahit seperti pahitnya ubat yang mampu memberi seribu kesembuhan. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment