Thursday, 6 October 2011

Manisnya Cinta Kepada Allah

Hidup manusia adalah ibarat berteduh di bawah pohon atau bayangan buat sementara waktu sahaja. Apabila tiba masanya, kita akan pergi meneruskan perjalanan yang lebih jauh dan lebih mencabar.
Oleh itu semasa persinggahan yang sementara ini, haruslah kita menggunakan peluang yang ada ini kerana kita tahu bahawa kesempatan yang sementara ini penuh dengan ujian dan dugaan. Akan tetapi kita juga tahu bahawa kita bukan sahaja diberi ujian iaitu masalah daripada Allah dengan begiu sahaja. Allah sebenarnya telah menyediakan pelbagai jawapan kepada kita. Cuma kita sahaja yang perlu bijak mengambilnya daripada Allah.
‘Kullu daa', dawaun, illa almaut’. Begitulah peribahasa arab yang masyhur iaitu setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Jika kita mempunyai apa sahaja masalah, maka kembalilah kepada Allah kerana padaNya ada segala ubat. Bagaimana untuk kembali padanya? Bertaubatlah. Insafi segala dosa dan minta ampun dengan manusia jika dosa tersebut melibatkan manusia. Ingatlah bahawa Allah gemar kepada orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang bersih.
Bagaimana memaniskan cinta kepada Allah?
Melalui ayat di atas kita dapat menyedari bahawa pentingnya kita mencintai Allah dengan sepenuh hati dan akibat kita mengabaikan suruhan Allah dengan perkara-perkara keduniaan. Sungguh perit azab yang bakal kita hadapi jika perkara begitu kita lakukan. Ingatlah, mencintai Allah dengan sepenuh hati adalah cinta yang paling indah dalam hidup seorang khalifah. Cintailah Allah dengan sepenuh hati, insyaAllah hati kita akan tenang dan terasa damai.
Diceritakan di dalam surah al-Baqarah dalam ayat 86.

y7Í´¯»s9'ré& tûïÏ%©!$# (#ãruŽtIô©$# no4quŠysø9$# $uŠ÷R$!$# ÍotÅzFy$$Î/ ( Ÿxsù ß#¤ÿsƒä ãNåk÷]tã Ü>#xyèø9$# Ÿwur öNèd tbrçŽ|ÇZムÇÑÏÈ  
 
mereka itulah orang-orang Yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) Dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah Yang membawa kebahagiaan Dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan.

           

No comments:

Post a Comment